Monday 14 September 2015

KPOP CUISINE

 Assalamualaikum n Hi,

kpop cuisine!!!!

hehehe sj bagi tajuk sendu sikit...ok..hari ini iols rasa macam nak makan kimchi..da lama nak makan tapi tak berkesempatan lagi nak beli kimchinye..

so hari ini tibalah masanya..

ok..sebelum tue nak tanya..tahu tak apa itu kimchi???..
sebenarnya kimchi nie adalah makanan wajib bagi masyarakat korea yang mana kubis cina akan dibasuh dan dibersihkan..selepas itu, akan diperam dengan garam, gula, dan letak sikit cili kering..peram untuk seketika sampai agak2 dah masak la kubis tuh..

bagi yang tak nak buat sendiri boleh je uols beli kt pasaraya Jusco or mana2 tempat yang ada jual..jangan risau..kimchi yang dijual kat jusco nie halal..
 
                           

uols boleh tengok sebelah kanan paling atas ada tanda halal..jadi takde rasa ragu2 nak makan..
kalau nak lagi best, boleh je uols pergi restoren korea macam seoul garden..kat situ sama macam kalau uols tengok drama korea..ada grill..sup..kimchi..macam2 lah..

tapi sebab iols nak makan kimchi iols beli je yang da packing nie cuma ubah sikit cara masaknya..

so cara2 iols masak kimchi nie macam kat bawah ye


      

                                  

                                   
 


Bahan-Bahan:

kimchi
daging
bawang putih (dititik je)
bawang besar (yang warna kuning yea)
cili kering
cendawan ( nak add sayur lain pon ok je)

Cara-Cara:

1. daging tue uols boleh potong nipis2
2. rebus dagung sampai empuk
3. panaskan olive oil (better guna minyak bijan..lagi sedap dan aroma yang ohem)
4. tumis bawang besar yang dipotong dadu dan bawang putih yang dititik / diketuk tue sampai bawang layu
5. masukkan daging dengan air rebusan die (sikit je air rebusan untuk lebih rasa daging)
6. masukkan kimchi
7. gaul semua sekali dan hidang